Review Filem Ola Bola
hype aku agak tinggi untuk filem ni.
Pertama sebab filem ni pasal sejarah bola malaysia yang pernah mengaum suatu ketika dahulu. Kedua sebab filem pasal bola ni dibuat oleh pengarah filem berbangsa Cina yang bagi aku adelah cukup ironi. Ironi sebab hampir mustahil nak jumpa younger chinese generation yang betul2 tengok/layan bolasepak malaysia sekarang ni. Kat stadium, kat media sosial atau sebagai pemain kat dalam team itu sendiri (kelab atau kebangsaan).
Kenapa sampai jadi camtu? haa yang tu aku tak kan ulas secara mendalam kat sini.
Hype yang ketiga pulak sebab filem ni digambarkan oleh pengarah sebagai 'filem Malaysia'.
Mana nak cari 'filem Malaysia' dalam genre drama sekarang? Paling close pun mungkin Nasi Lemak 2.0 karya Namewee tapi itu pun hanyalah karya kelakar yang 'ringan'.
Filem ini adalah filem fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah sebenar. Ia berlatarbelakangkan tahun 1979-1980 dimana pasukan Malaysia ketika itu dalam misi besar untuk layak ke Sukan Olimpik Moscow. Ketika itu semua pemain bermain secara amatur, bergaji kecil dan menjadikan bola sepak sebagai kerjaya sampingan. Atau erti kata lain, main bola kerana minat bukan kerana kemahsyuran atau kemewahan.
Premis filem ni agak ringkas - sebuah cerita suka duka pemain amatur Malaysia dalam melayakkan pasukan ke Sukan Olimpik Moscow. Tetapi dalam ringkas itulah pengarah Chiu dengan cukup bijak menginspirasikan minda penonton.Perjalanan setiap watak dipaparkan secara terperinci dan 'sampai' tepat ke jiwa penonton. Manis dan manis sekali. Dalam filem ini dapat di rasai semangat perjuangan dan pengorbanan dipukul sekuat mungkin. Aura yang cukup kuat yang aku harap dapat dijadikan inspirasi oleh pemain kebangsaan kita sekarang.
Aku taknak spoil masalah-masalah yang dihadapi dieorang sebab aku nak korang tengok sendiri dan 'rasa' filem ni sedalam-dalamnya . Terkeluar air mata weyh, percaya la.
Respek juga untuk pengarah sebab berjaya selitkan unsur humor yang sangat real dan tak dipaksa-paksa. Kau nak main posisi left ke right Abu? haha. Dengan plot yang kemas dan teknik penggambaran yang 'mahal', penonton dibawa melayan emosi untuk 113 minit tanpa sedikit pun rasa bosan dan janggal.
Inilah 'filem Malaysia' yang kita perlukan. Satu era di mana seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa bergema dengan semangat jatidiri dan cintakan negara. Jauh beza dengan sekarang,
1Malaysia? 'Satu' tapi hanya pada nama.
Betapa besar harapan aku agar bola sepak kita akan gagah mengaum seperti 35 tahun yang lepas.
Main bola sama-sama, Tonton bola sama-sama, tanpa perbezaan, agama, bangsa atau politik.
"Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama".
Terima kasih seluruh produksi Ola Bola.
Teruskan menginspirasi!
5 Sebab kenapa korang wajib tengok filem ni:
- Sebuah filem fiksyen/rekaan tapi diinspirasikan daripada sejarah yang real.
- Sinematografi yang 'cantik'.
- Sebuah 'filem Malaysia' yang berjaya menemukan semangat kebangsaan yang telah lama hilang.
- Menampilkan pelakon-pelakon amatur yang berjiwa dan berbakat besar.
- Gol! Gol! Gol! Gol! Gol! dan Bront Palarae yang cukup kelakar.

Sumber Gambar: FB Astro Shaw
Comments
Post a Comment