Kenapa aku benci Facebook?

Aku tak suka Facebook dan segala hal berkaitan dengannya.

Kebencian aku bukan pada pencipta Facebook yang dikatakan seorang yahudi sejati. tapi kebencian aku adalah pada isi kandungan Facebook tu sendiri.

Facebook telah mewujudkan satu wilayah atau mungkin satu negara di mana penghuninya adalah rakyat jelata yang tak pernah nak bersatu. Hari-hari nak berperang, berdusta dan berpura-pura.

bagi contoh satu la, senang. budaya menge'bash' orang kaw-kaw tanpa lupa tengok cermin diri sendiri.

ni screenshot komen2 dekat page Afifah Nasir lepas kes keluar karaoke dengan suami orang bernama Aliff Aziz. In case tak tahu, dua-dua diorang ni adelah artis yang x semenggah mana pun. tapi tup tup meletup sebab kes kantoi tersebut.

serius takut aku tengok. menggila komen2 nya. tak takut dosa ke dieorang ni?

                                       





                                

                                  


dan seriously, macam ni ke mentaliti orang Islam/Melayu kita?

Aku tak letakkan kesalahan seratus peratus pada Facebook, sebab tujuan asal Facebook wujud pun sebab nak rapatkan hubungan antara manusia. Tapi aku kecewa sebab budaya baling batu sembunyi tangan kat Facebook buatkan orang bebas cakap apa sahaja di media sosial - tanpa rasa bersalah.

Kau bole 'belasah' orang tanpa perlu jumpa orang tu. Dan hati kau puas dapat mem'belasah' orang disebalik skrin dengan niat konon-nya hanya nak menyampaikan pendapat kau.

Itu kata kau, tapi hakikatnya kau sedang generate dosa dengan cara yang paling mudah. Taip-taip dah leh tambah dosa. Tanpa perlu bergerak seinci pun dari tempat kau.

Aku tak berani sebenarnya nak cakap pasal dosa pahala, sebab perihal halal haram dan dosa pahala adelah perkara paling abstrak yang aku xde kepakaran atau certified nak cite lebih.

So back to topik asal. Kenapa aku benci Facebook.

Facebook dan masalah sosial dilihat saling berkait. Mungkin ramai yang dah tahu, tapi ramai yang tak ambik tahu. Maklumlah, sibuk ber-Facebook, ngee.

Mari berbicara tentang ripple effect of Facebook. Atau orang melayu cakap, kesan berantai daripada Facebook. 

Masa mula2 Facebook wujud dulu, smart phone tak wujud pun lagi. Mungkin dah ade, tapi paling kuat pun PDA aka tablet computer yang tak best pun macam iPhone. 

Then, Steve Jobs yang bervisi besar comes up dengan smart phone iPhone yang menjadi perintis atau trend setter kepada kemunculan smart phone yang lain. Maka wujudlah telefon canggih Samsung, Lenovo, Vivo, Oppo, Lapo, Alagappo dan macam2 lagi.

Maka lahirlah - kombo aplikasi Facebook dan telefon pintar yang kita sedang proudly kecapi sekarang.

Takkan lah korang tak pernah nampak situasi orang sibuk main phone dan menjadi anti-social.
Tipu la tak pernah ye dak.

Tu semua jadi sebab manusia era Facebook ni terlalu asyik dengan apa yang telefon pintar tawarkan.
Suksesnya Facebook pada smart phone diikuti pula oleh Twitter, Instagram, Youtube, Whatsapp dan macam-macam lagi.

Budak kecik sampai la ke orang tua akan rasa sempurna hidupnya kalau dapat bangun pagi dengan membelek skrin telefon. Tak lengkap la hidup orang kata kalau tak pegang telefon dalam sehari.

Paling aku sedih (well aku tak kisah pun orang nak anti-social dengan aku), tapi aku sedih bila ibubapa dan anak-anak tak berkomunikasi sesama mereka apabila duduk berkumpul bersama kerana sibuk ber-handphone. Aku pernah nampak kat LRT, si anak tekun tengok tingkap dan suasana kat luar, tapi yang emaknya sibuk layan Running Man kat phone. haihh, sedihnya aku tengok. kenapa perlu camtu wahai ibu?

Keluarlah kempen dan iklan, 'please disconnect to connect'. Kononnya nak sedarkan kita. Tapi ironinya iklan tu kau tengok kat Youtube dan kat smart phone kau. Pastu kau share dan bincangkan kat Facebook dan Whatsapp selama berhari-hari. 

'Cool kan iklan pasal ketagihan pd telefon pintar tu?'
'Respect la iklan Raya Maxis, makan dalam betul'
'please disconnect to connect', so true! good job Maxis!'

kalau kau boleh bincang pasal iklan tu kat social media;
Mana yang disconnect to connect nya?

Aku benci Facebook sebab aku hidup dalam dua era yang berbeza;
Era sebelum dan era selepas Facebook.
Dan aku rasa era sebelum Facebook adelah way better than era selepas Facebook.

Tak perlu nak cerita semua benda.
Tak perlu nak komen semua benda.
Tak perlu nak kritik semua benda.
Tak perlu nak tunjuk semua benda.
dan 
Tak perlu nak berharap orang suka dengan apa kita buat.

Semuanya berlaku secara sendiri tanpa dipaksa-paksa atau pun bersangka-sangka.

Untuk menjawab soalan kenapa aku tak suka Facebook --

Jawapan aku adelah; 
aku benci Facebook sebab kesan-kesan berantai hasil daripada kewujudan Facebook.
hanya seringkas satu status atau sekping gambar boleh buatkan manusia bersangka-sangka dan bertelingkah.
dan aku tak suka Facebook kerana kelahiran teknologi yang membangun seiring dengan nya (telefon pintar, Whatsapp, etc..)
Kesan-nya pada sosio keluarga dan hubungan sesama manusia terus-terusan menjurus ke arah lohong negatif (kalau kau perasan la)
Bayangkan, Facebook hanya lahir pada tahun 2004, tapi kau lihatlah kesannya sekarang. drastik abadi dalam masa yang singkat!

Kesimpulannya, kau pilihlah jalan yang mana yang kau rasa bagus untuk nikmati hidup kau.
Masih belum terlambat kot untuk step back and re-think your priority.

See you on the other side!




Comments

Popular Posts