ADA APA DENGAN FILEM MUNAFIK 2?
Definisi filem yang bagus bagi aku adalah filem yang mempunyai 'isi'. Maksudnya, aku dapat tangkap mesej daripada pengarah, dan buatkan aku balik dan mengkaji isi2 dalam filem tu.
The script, the reference, the content and the plot hole (if any).
.
Jujurnya, aku tak rasa takut tengok filem ni.
.
Sebab pengarah dengan bijak telah berjaya seimbangkan elemen ketakutan dan dakwah dengan satu garisan halus. Ayat mudah, penonton boleh pilih untuk memilih ketakutan semata2 atau menyerap mesej dakwah, atau kedua2 nya sekaligus.
Dan untuk itu, aku pilih - capturing the da'wah.
Respect aku agak tinggi pada Syamsul sebab aku dapat rasa dia sebenarnya bukan nak takutkan penonton sangat pun, tapi lebih kepada sampaikan mesej jelas bahawa segala 'ketakutan' kita pada apa sekali pun kat muka bumi ni macam:
.
hantu.
jin.
rasukan.
kemiskinan.
kesengsaraan hidup.
kehilangan.
kematian.
.
..hanyalah ujian bersifat sementara, dan tiada siapa atau apa pun kita patut takutkan sebenarnya MELAINKAN ALLAH.
.
dan untuk 'para pencari' macam kita ni, aku rasa terbuai dengan hayunan nasihat bila dengan tersirat Syamsul Yusof wujudkan persoalan tu dari seawal filem sehinggalah ke kemuncaknya:
.
"Ayah..jangan merayu pada Abuja. Tapi minta dan merayulah pada Allah.."
.
nampak subtle but such a bold message that is:
La illa ha illallah. TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,
ever.
.
.
ada banyak lagi elemen dakwah yang diselitkan yang seolah-olah memaksa kita untuk balik rumah dan terus mengkaji seperti:
fahaman syiah.
bid'ah.
sunnah Rasulullah dan jenis-jenisnya.
bahaya hadis palsu.
kisah firaun dan taubatnya.
ujian orang soleh.
ruqyah.
bagaimana me'lurus'kan manusia yang terjebak dalam ajaran sesat.
konsep jihad fi'sabilillah.
hikmah memahami al-quran dan al-sunnah.
dll.
aku tahu hampir mustahil untuk pengarah garap semua ni dengan terperinci dalam ruang lingkup sesingkat 2 jam. tapi untuk kekurangan itu, aku rasa pengarah telah berjaya tunjukkan pada kita secara tersirat (lagi) bahawa:
.
teruskanlah menuntut ilmu yang bermanfaat dan teruslah menyampaikan sampai nyawa di hujung kerongkong - dengan kebenaran dan kesabaran.
.
.
jadi akhirnya, terpulang pada kita untuk tonton filem Munafik 2 ni hanya sebagai cerita hantu melayu yang seram semata ATAU sebuah naskah dakwah yang ringan tapi membuka laluan untuk kembali ke jalan yang lurus, sebagai permulaan untuk hijrah mungkin.
.
"Hidayah itu untuk dicari, bukan hanya dinanti".
.
.
Wallahu'alam.
.
.
Nota Kaki: Pendapat aku je ni, kalau pengarah ada niat lain, tu belakang cerita ;)

Comments
Post a Comment