Keseronokan Hidup Tanpa Social Media
Kita ada 24 jam sehari.
Tak kira lah berapa banyak duit kita kejar, tak kira lah berapa besar impian kita, atau tak kira lah berapa banyak Netflix series kita nak tengok - kita ada 24 jam.
Sahaja.
Dalam satu artikel, apabila wartawan menemuramah CEO Netflix dan bertanyakan apakah competitor nombor satu Netflix? Amazon Prime ke? YouTube ke?
Jawapan beliau: Competitor utama kami adalah masa dan waktu malam. Kami harap semua orang ada extra masa untuk habiskan menonton Netflix.
Ye, kita ada 24 jam sahaja sehari. dan pilihan kat tangan kita untuk habiskan nya macam mana.
Atas dasar itu (dan sebab2 lain yang mungkin korang dah baca dalam post2 sebelum ni), saya ambil keputusan untuk menikmati hidup tanpa media sosial. ye betul, tanpa facebook, tanpa instagram dan tanpa whatsapp.
saya kurang gemar gunakan term habiskan masa, sebab masa itu untuk dinikmati dan dihargai, bukan dibazirkan.
Antara keseronokan tanpa media sosial:
1. masa berkualiti bersama isteri tersayang
2. masa berkualiti bersama mak dan abah, dan keluarga tersayang
3. masa berkualiti bersama kawan ter..er..sayang (i mean in a friendship way of sayang)
4. tidak perlu bersangka-sangka dan rasa jealous bila tengok ke-sukses-an orang lain
5. hidup tanpa rasa rimas dan cemas bila tengok atau baca benda2 negatif kat media social (baca: fake news dan/atau diari kehidupan artis)
6. terselamat daripada membelek telefon berjam2 tanpa tujuan
7. terselamat daripada curi2 tengok (baca: stalking) social media ex-ex anda. well, stalking ni kerja bahaya dan boleh menjerumus kepada macam2 kemungkinan
8. tak jadi orang yang sombong (sebab sibuk main phone) sampai ignore keadaan sekeliling
9. menjadi orang yang lebih 'berani' bila jumpa stranger, sebab hidup saya adalah tentang apa yang real depan mata, bukan yang tak real di sebalik screen
Tapi let me be clear, and this is very important. I say No to social media bukan sebab benda tu tak bagus atau teruk gila, tapi sebab It Prevents me From Being Great.
Sebab saya masih ada smartphone, masih ada laptop dan masih ada emel. cuma saya tahu apa tujuan nya whenever i decide to use it.
Dan saya tahu bagaimana untuk elakkan diri daripada terperangkap dalam agenda jahat pencipta produk-produk social media tu.
Betul, Facebook dan Instagram ada satu features *kejam* dipanggil infinite scroll, yang bolehkan kita scroll News Feed sampai la kita tertidur.
Infinity = scroll tanpa penghujung.
Kita rasa kita boleh simply stop, dan "ok, boring la facebook, jom buat benda lain!"
tapi tidak, mereka hari-hari fikir macam mana nak bagi mata kita melekat pada screen. Demi perhatian kita, demi iklan yang selang seli disajikan pada News Feed tu untuk kita hadam..
Mereka main psikologi, mereka main minda kita sampai kita rasa "Barang ni biasa tengok la. Nak beli la tengok best ke tak." Mula-mula kita rasa nak Like, lepas tu kita rasa nak baca comment, nampak je comment positive terus rasa nak beli. Even kalau rasa taknak beli pun, esok kita ber-infiniti scroll lagi, nampak lagi. Sikit-sikit keluar, dengan imej yang lebih menarik pulak.
Lagi kita Like, lagi banyak iklan yang sama atau hampir sama keluar.
At last, "Ahh beli je lah".
Itu antara bagaimana cara mereka 'pujuk' kita untuk habiskan duit.
Dan yang lagi sedih tu, dah la habis duit. Dapat bahan untuk mengumpat, dan masa yang sama dapat idea untuk menunjuk jugak. Haihh, taip ni pun boleh buat saya rasa down.
Media sosial memang puaka.
********************
Kita masih menggunakan tubuh badan dan minda yang sama acuan nya macam generasi primitif beribu-ribu tahun yang lalu, atau generasi nenek moyang kita yang duduk kat kampung dan berjuang melawan Jepun. Takde yang berubah.
Tapi kita terlalu obses pada benda yang orang dulu-dulu tak pernah peduli pun dulu; berkongsi gambar makanan lunch arini pada internet? Apa tu?
Saya sedih dan down taip post ni. Mungkin tak terlalu exaggerate kalau saya katakan, 95 daripada 100 masih tak nampak realiti sekarang yang terus-terusan menjurus kita ke arah kelalaian (al-laghw)
sedih...kesedaran tu makin hari makin sukar bilamana kita rasa benda tu normal. "apa salahnya share gambar hari2. bukan nak menunjuk, nak meng-inspirasi je..."
tapi dalam hati, siapa yang tahu.. kan kan?
*********
Beritahu saya kalau perlukan tips untuk kurangkan phone addiction. In Sha'alLah boleh la kot kalau saya nak bagi tips or tricks sikit.
Percayalah, hidup tanpa media sosial ni memang seronok, tenang, dan jadikan hidup kita lebih melurus.
Salam.
Yang Dah Tahu,
matchek
1047am, 10 June 2020.
Comments
Post a Comment