Laju dan Menghargai Perlahan - Part 1
Kelajuan adalah aset paling bernilai pada zaman ini, semua benda yang laju akan memudahkan kehidupan.
Sabar pula adalah benda yang paling susah, walaupun kita dah ada kelajuan.
Sedikit introduction:
Lawan bagi laju adalah perlahan. Boleh dikatakan tak ramai orang yang hargai perlahan sebab perlahan itu melecehkan.
Terlambat adalah contoh perlahan. Maka, jika kita bersikap perlahan dalam buat sesuatu, kita akan digambarkan sebagai tidak produktif. Teruk betul gaya-nya!
Dalam era sekarang ni, tak produktif digambarkan sebagai teruk, pemalas, tak boleh diharap, dan boleh dikaitkan dengan segala sifat-sifat lemah lain yang kita boleh cari dalam kamus.
Siapa yang tak pernah cuba untuk jadi /multitasker/? Buat 2, 3 atau lebih perkara dalam satu masa. Atas alasan, 'aku perlu jadi seorang yang kekal produktif'. Malu lah kalau tak produktif.
Tapi sekejap, sebelum aku pergi lebih jauh. Cuba diam sejenak, dan tanya diri sendiri. Apa yang kita faham dengan produktif ni sebenarnya? (English: highly productive)
Adakah menjadi seorang usahawan yang kaya berjaya macam Elon Musk dikira produktif? Atau adakah menjadi seorang yang boleh sumbat dan buat berpuluh aktiviti dalam satu hari dikira produktif?
Soalan aku yang seterusnya: kita nak jadi produktif ni sebab apa?
Adakah sebab masa 24 jam yang diberikan itu tak cukup? atau adakah kita sebenarnya yang memilih untuk pilih dan buat banyak-banyak-banyak perkara dalam satu masa? Sampai akhirnya rasa macam tak cukup masa.
Atau, masa itu sebenarnya dah cukup diberi sama rata. Tapi kita yang tak pandai susun masa kita? Pemerhatian aku, yang aku rasa ramai faham, teori nya macam ni:
Laju + Efficient = Produktif
Te-tapi, adakah begitu?
************
Bercakap pasal masa. Ahh, ini adalah topik yang aku boleh bincangkan berjam-jam, dengan rasa takzim hormat kepada masa itu sendiri. Aku suka segala berkaitan dengan topik masa. Daripada perihal penciptaan tahun, jam, minit dan saat, masuk kepada mesin masa dan topik yang pegang fokus aku sejak beberapa tahun yang lampau - bagaimana jadi seseorang yang produktif dengan pengurusan masa.
Aku obsesif dengan masa. Aku selalu rasa macam tak cukup dengan masa. Banyak sangat aktiviti/ perkara aku nak buat dalam satu-satu masa, dalam sehari yang aku ada (yang 24 jam tu).
Aktiviti itu merangkumi segala aspek kehidupan aku. Dari bangun pagi sampai ke waktu untuk tutup mata. Aku rasa aku nak buat semua benda, tapi masa macam tak pernah nak cukup, sampai kadang-kadang aku rasa tertekan, terpaku tak tahu nak buat apa, sebab tak tahu nak buat yang mana satu dulu.
Baca buku, gaming, browsing, belajar, bersosial, makan, berehat, youtube, netflix, podcast, coffee, Lego-ing, side income dan tidur. Pening nak buat mana dulu, antara kerja, pengisian dan aktiviti gembira.
Maka berpuluh-puluh buku pasal produktiviti yang aku baca. Sebab aku nak jadi produktif. Nak jadi seorang yang boleh power lagi padu (kononnya), nak jadi seorang yang mampu buat semua benda yang I can imagine.
Tapi aku tewas. Aku akui aku gagal menakluk masa.
Aku terpaksa terima hakikat bahawa masa bukan sesuatu yang kita boleh taklukkan bagai penaklukan penjajah pada sebuah negara asing.
Lagi berusaha keras aku nak 'kejar masa', lagi jauh aku ditinggalkan oleh masa.
Sampai buat aku tertekan, ‘sampai bila nak berperang dengan masa?’
******
Maka bermulalah pencarian aku tentang ‘nikmat masa’. Aku rasa aku dah (hampir) menemukan jawapannya, macam yang aku tulis awal-awal post ni -
“Dalam konteks masa, kelajuan adalah aset paling bernilai pada zaman ini, semua benda yang laju akan bantu memudahkan kehidupan.
Sabar pula adalah benda yang paling susah, walaupun kita dah ada kelajuan. Laju itu bagus, tapi, ada kos besar perlu dibayar kalau kita rasa kelajuan adalah penawar kepada segala masalah..”
Insha’allah akan aku huraikan dalam post-post selepas-selepas ni.
Salam Jumpa Lagi!
Comments
Post a Comment