Internet? Mehh

Seperti yang kita sedia maklum, kat Malaysia ni istilah netizen dan republik netizen dah macam satu keahlian yang wajib kita join. Bila ada sesuatu isu, maka ukhwah kita automatik jadi kuat untuk mendebatkan topik atau isu tersebut.

Satu tepukan gemuruh untuk itu.

Tapi aku bukan nak berbangga pasal tu. Bukan, bukan.

Republik Netizen dan warganya yang berjuta itu hanyalah satu daripada kesan kecanduan internet yang serba sedikit telah ubah cara kita berfikir. Berdebat tanpa fakta yang tepat, atau lagi teruk, berdebat tanpa ilmu.

Dalam post kali ini, aku cuba untuk senaraikan perkara-perkara/fakta dalam Internet yang aku rasakan perlu kita tahu, terima dan ubah cara kita berfikir; untuk elakkan terus tanpa sedar jadi mangsa keburukan internet. Semoga bermanfaat. Maaf, mungkin perkataan yang tertulis kedengaran sinis, tapi aku rasakan ia perlu untuk senang faham.

Ada sains dan kajian psikologi di sebalik semua ini, yang disusun dari beberapa buah buku. tetapi aku memilih untuk menulisnya dalam senarai ringkas sahaja. Rujukan buku pada hujung post.

here goes the list:

  1. Tiada Facebook atau media sosial yang tak bermakna kita tak wujud. atau istilah masa kini - takde 'life'.
  2. Tak dapat 'likes' yang diharapkan, tak bermakna kita teruk.
  3. Sebenarnya orang lain tak memiliki kehidupan yang lagi bagus daripada kita pun, walaupun seolah-olah nampak begitu. Buat apa nak share benda tak bagus dalam hidup, kan?
  4. Tidak mengapa kalau tak ikut trend atau tak tahu trend semasa. Tiada apa yang nak dirugikan.
  5. Boleh kata hampir semua orang kat Internet adalah hipokrit (Youtubers, Influencers, Streamers, Content Creators - mereka cuma NAK MASA kita untuk penuhkan POKET mereka)
  6. Jangan dengar pendapat, jangan bulat-bulat percaya pendapat orang lain dalam Internet. Ilmuwan habiskan bertahun-tahun timba ilmu, takkan out-of-nowhere-facts yang diforward itu serta-merta dianggap betul?
  7. Jangan rasa bersalah kalau terpaksa tinggalkan internet atau media sosial sebab takut ketinggalan. 95% kandungan internet bukan semuanya betul. Malah info tak sahih tu boleh buat kita 'tertekan' dan 'cemas'. Sebenarnya.
  8. Jika sesuatu berlaku dalam hidup kita, BE IN THE MOMENT. Jangan terlalu cepat ambil telefon untuk ambil gambar atau video. Atas alasan nak tunjuk/share pada internet betapa 'best' nya benda tu pada kita. Persoalannya, siapa kisah? Jujurnya? Followers? lol

Kalau kita perasan, senarai-senarai ni adalah perkara normal dalam dunia yang kita tengah huni sekarang, yang tanpa sedar kita ikut. Bukan alegori, tapi realiti.

Samada kita nak admit atau tak je.

Dan bagi aku, untuk survival, kita perlu buat perkara yang ada nilai dalam hidup, yang biasa dianggap BOSAN. Ini baru layak dipanggil kehidupan.

  1. Walk in the nature
  2. Do your hobby whatever it is (selain internet of course!)
  3. Talk to a person in real life
  4. Real friends
  5. Read a book
  6. Kurangkan masa bersama earphone/headphone.

Akhirnya, tanya diri kita hari ini, generasi apa kita nak hasilkan nanti?



Rujukan:

  1. Digital Minimalism: Choosing a Focused Life in a Noisy World, Cal Newport, 2019
  2. Ten Arguments For Deleting Your Social Media Accounts Right Now, Jaron Lanier, 2018
  3. Alone Together: Why We Expect More from Technology and Less from Each Other, Sherry Turkle, 2017
  4. Glow Kids: How Screen Addiction Is Hijacking Our Kids - and How to Break the Trance, Nicholas Kardaras, 2016
  5. How to Do Nothing: Resisting the Attention Economy, Jenny Odell, 2019
  6. The Shallows: What the Internet Is Doing to Our Brains, Nicholas G. Carr, 2010
  7. Notes on a Nervous Planet, Matt Haig, 2018

Comments

Popular Posts