Esok
Aku bersyukur kerana hari esok adalah rahsia. Sebuah misteri. Jadi kerananya aku terus berusaha. Terkadang mungkin khuatir selalu hadir, tapi hal itu yang buatkan aku lebih berusaha untuk bersedia.
Mencari arah yang telah ditentukan.
Esok, kita tak pernah tahu akan apa yang menghalang. Tapi kita diizinkan untuk meletakkan harapan. Untuk kekal yakin bahawa ketentuan adalah milik Tuhan. Mungkin hari ini kita diuji kesedihan yang tak memudahkan, tapi doa perlu diutus agar kita tidak putus harapan.
Esok, masih kekal sebuah misteri. Untuk itu apa perlu kita mengeluh hari ini, hingga ter-lupa untuk mensyukuri? Berusahalah untuk jadi yang lebih baik untuk hari ini, kerana hari esok kita mungkin tak mampu kecapi.
Esok, entah lah jika kita masih ada. Semoga Tuhan beri kita kesempatan dan kesedaran untuk tidak lupa apakah tujuan. Agar kita mampu jadi yang lebih baik dan mampu 'menampal' sesalan dan kesalahan dengan doa keampunan - pada hari ini.
Esok. Pada akhirnya, esok juga akan menjadi hari ini, dan sebuah masa lalu bersama bibit-bibit sejarah. Untuk itu, jangan biarkan masa yang bergerak buatkan kita tak berganjak. Masa dan waktu takkan boleh dibeli dengan apa pun, maka setiap detik yang pergi adalah hal-hal yang sia-sia jika tidak digunakan untuk menuju kebaikan.
Kejayaan itu, nun jauh di sana. Syurga yang satu.
Semoga kita selalu ingat.
Salaam.
Comments
Post a Comment