hujung dua ribu sebelas
akhirnya 2011 habis jugak.
cukup 365 hari aku jadik mamat berumur 25 tahun. esok naik takhta ke
mamat 26 tahun pulak. laa..baru 26. haha.
dulu masa aku tingkatan 1, masa aku umur 13 tahun,
aku pernah cakap dengan diri sendiri;
"tambah lagi separuh umur aku confirm aku dah besar dan beranak pinak, at least sorang anak"
dengan penuh yakin. tapi haram. rupanya nak masuk 26 ni,
aku kat fasa ngejas2 lagi.
bukan ngejas gadis la brader, tu kerja masa zaman belajar, haha.
tapi ngejas masa depan.
bagi aku masa umur 25, barula kau boleh pandang 25 tahun yang kau dah lalui.
yang kau dah khatamkan tu. baru kau perasan dah hidup suku dekad baru brape kerat je achievement yang penah kite dapat. ala, setakat limaA upsr / lapanA pmr / sepuluhA spm ape lah nak dibanggakan kan ye dak?
lain la ade orang interbiu masuk tv, haha.
hutang kereta dan ptptn pulak dengan lek lek je dah buat jumlah duit kite sebenarnya negatif.
tapi mungkin kalau kau dah kahwin sebelum 25,
tu aku boleh anggap pencapaian luar biase r.
bina sebijik bangunan bernama masjid dengan kudrat sendiri pada usia muda memang aku respek.
tak kisah la kawen guna loan ke, pinjam duit member ke, tu eksepsyenel..
lu memang power bro, mamat bertanggungjawab!
tapi bagi aku, kawen bukan benda main2,
walaupun antara tujuan asal kawen memang untuk main dan main, tapi tu cite lain.
dan nak cakap pasal aku yang kecewa, hmm tu pun cite lain jugak.
perempuan2 jahat tu bukan faham cinta pun.
sebab kalau kite x ejas masa depan - xde plan untuk tu,
bila kita jumpa encik masa depan nanti, dengan satu twist kau akan
jatuh terlentang.
masa depan perlukan perancangan, macam pelan barisan nak jatuhkan anwar,
macam pelan protestor libya nak jatuhkan gaddafi.
baru masa depan jadik history paling gah dalam hidup kau.
ahh shiall, apesal skema sangat ayat aku arini.
yang pasti, 2012 ni aku nak jadik orang paling baik dalam dunia.
dan aku jugak harap aku dapat jumpa seorang lagi yang paling baik dalam dunia.
untuk aku culik masuk dalam hidup aku.
x kisahla orang tu jatuh dari langit atau keluar dari perut bumi,
yang pasti kalau aku jumpa kau, aku akan cuba buat hidup kau ekstra-ordinari.
x reti masak pun xpe.
nanti2 boleh belajar, hehe.
Comments
Post a Comment