drama bersiri-siri - Azim Merentas Masa (bahagian 2)


tahun itu tahun 2025.
semua nya semakin canggih dan manggih. KLCC pun dah di-extend sampai ke tingkat 180.
dengar cite beribu-ribu rakyat Nepal di impot oleh kerajaan untuk meregangkan 
ketinggian menara berkembar tu.
tapi sayangnya takde sorang pun yang selamat pulang je tempat asal mereka,
iaitu Kathmandu dan Lugu.
bukan kerana semuanya terkorban akibat kecelakaan meng-extend KLCC, 
tetapi kerana semuanya telah selamat mendirikan rumah tangga dengan awek-awek Malaysia yang telah teruk taste cinta mereka masa itu.
misteri kejayaan bangsa Nepal membina KLCC sehingga tingkat 180 dan menakluk hati awek-awek Malaysia sekaligus masih tetap samar.
misteri kekal misteri. 

tapi itu bukan cereka penting yang berlaku pada tahun 2025.
kehilangan pakar sains super yang kerap mengharumkan nama Malaysia 
dengan kemenangan anugerah Nobel adalah misteri yang paling sukar diterima akal.
beliau dikatakan tiba-tiba ghaib apabila sedang asyik memberi syarahan
di sebuah universiti swasta di batang berjuntai, selangor.
semua penonton tergamam apabila melihat Prof. Muadz tiba-tiba hilang dari pandangan 
dalam kepulan-kepulan asap tebal dan pancaran laser berwarna hijau.
pada awalnya semua hadirin menjangkakan itu semua gimik semata-mata, 
almaklum lah itu kan tahun 2025; mungkin segalanya mungkin.
tapi apabila Prof. Muadz hilang dan hilang selama berbulan-bulan,
segalanya sudah tak mungkin lagi.
hinggakan kesemua team CSI Malaysia terpaksa meletakkan jawatan 
akibat tekanan dalam menyetelkan kes tersebut.
kes akhirnya ditutup dan video 'bagaimana ghaibnya seorang professor' 
kekal menjadi top hit di youtube.com

tetapi realitinya,
hanya seorang jejaka yang mengetahui rahsia di sebalik kejadian tersebut dan 
beliau adalah mamat egois bernama Azim bin So'od.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


kembali ke tahun 1996.
azim masih kekal di alam pitam.

pada tahun ini, azim yang sebenar baru berumur 11 tahun.
manakala azim dari 2012 telah pun berumur 26 tahun.
bermakna, terdapat 2 orang azim pada tahun itu yang wujud dalam masa yang sama.

mungkin cerita ni makin memeningkan,
tetapi penulis yakin anda tidak akan pitam seperti azim.
ini cerita tentang teori jujukan hiperbola masa silam. pastinya komplikated.

dalam pitam, azim dibawa ke momen hari pertama dia bertemu
awek chubby bambam bernama arfah.
cinta pandang pertama dari mata ke mata, dari atas ke bawah. 
indah, segalanya indah.
"bila ku jatuh cinta, aku mendengar nyanyian seribu dewa-dewi cinta"
spontan lirik lagu tersebut melintas di fikiran azim.

cinta berputik, berbunga dan terus berbuah.
manis dan ranum sekali.
hingga kan jika azim berjumpa doktor untuk medical check-up ketika itu ,
pastinya doktor tersebut akan terkejut dan berkata;
"kadar degupan jantung kamu terlalu kuat azim, sungguh luar biasa.
ajaib kerana kamu masih mampu hidup hingga ke hari ini.."
begitu kuatnya cinta azim pada arfah hingga kan jantung nya berdegup 500 kali seminit 
kerana ritma asmara yang memecut laju.
cinta terbukti membuat manusia normal jadi gila.

"dunia milik kita kan sayang?"
bisik azim pada telinga awek chubby bambam tersebut pada satu malam.
"ye syg, dalam dunia syg ade syg seorang je, tanpa syg hidup syg musnah"
balas arfah tersenyum comel, dan terus mengambil gmbar mereka berdua-duaan 
dengan henfon blackberry curve. 
"nanti syg upload kt fb k syg? bole show-off kt dunia yg kte ni cweet couple"
azim mengangguk2 dan membalas dengan senyuman manja.

cerita cinta azim dan arfah kekal begitu untuk beberapa tahun.
manis, gedik, cweet2, hitam dan kadang2 gundah semuanya dilalui penuh tenang oleh azim. 
walaupun cinta mereka terpaksa berhubungan jarak jauh,
tetapi azim cekal berulang-alik berjumpa gadis kesayangannya at least 2 minggu sekali.
8 jam perjalanan dirasakan bagai 8 minit.
"aku perlu tunjukkan kesungguhan aku..
"kerana cintaku utuh, dan jiwaku teguh hanya untuk kau arfah.."
ikrar azim setiap kali bangun pagi di depan cermin.
cinta terbukti membuat manusia yang sudah gila menjadi lebih gila.

hinggalah pada satu senja yang sunyi, dengan latar belakang hijau muda di Broga Hill,
azim berumur 26 tahun ketika itu.

"kita kahwin nak tak syg?"
soal azim drastik.
penat 8 jam memandu untuk berjumpa arfah tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi azim.

pantas arfah melompat macam terkena sampuk, terkejut bukan kepalang lagaknya.
azim tersengih dengan segunung harapan.
semangat jantan memang tinggi dalam diri azim sejak kecil lagi. 
kali ni dia nekad, orang sekiut arfah tak mungkin dilepaskan.

tetapi arfah hanya diam membisu.
"mungkin penat melompat agaknya, eksaited le tu", fikir azim.
tiada satu perkataan pun yang muncul dari mulut arfah. 
hal ini berlarutan hampir setengah jam hingga membuat azim cemas.

dipendekkan cerita, akhirnya arfah bersuara,
itu pun selepas bermacam-macam skil memujuk dipersembahkan oleh azim dengan steady.
"awak.."
"erm....."
"awak tunggu sekejap k, sy ade something untuk awak.."
arfah dilihat berlari-lari anak ke kereta viva hijau miliknya dan mengambil sebuah envelope berwarna coklat.

"dah lama sangat sy simpan surat ni sebenarnya...awk baca lah.."
"maafkan sy azim..."

vroooooommm...!
menderum pantas kereta viva turbo meninggalkan azim terpinga-pinga petang tu.
dalam seminit segalanya berubah dan menyentap terus semangat jantan milik azim. 

dengan rasa syahdu berbaur hampa,
azim membuka envelope dan mengeluarkan sekeping surat.

"maafkan saya azim,
"saya cintakan orang lain..mamat kat tempat sy keje ni hensem sangat, sy sebenarnya dah sangkut lama kat dia.."
"tapi sebab awak baik sangat dengan sy, sy decide untuk bagi awak surat ni bila 
awak mintak kawen dengan sy.."
"sekurang-kurangnya sy boleh pao awak handbag, heels dan kemeja ropol2 setiap 2 minggu."
"maafkan saya azim..now i'm leaving loser!"


p/s: hahahahahaha!


...lagu najwa latif perlahan-lahan muncul. sayup-sayup kedengaran di hati azim.
"segala kata cacian yang telah engkau berikan..membuat ku rasa kosong, kosong ong..."

terlalu kejam tingkah laku arfah pada azim bagaikan pemimpin yang menyonglap wang rakyat.
terlalu perit untuk diterima.
.......
.......


di alam nyata tahun 1996,
azim masih pitam dan ditebak kenangan hitam.
.......
.......
.......


kisah azim merentas masa bermula di sini.


(bersambung)


Comments

  1. memanggglahhh tahap kesabaran aku tipissss gara-gara membaca cerita sangkut-sangkut niiii...wakakakakakakakaka... apepun perenggan pertama ko tu mmg terbaikkkkkkkk...wakakakakakaka..tak pernah terpikirrr ape yg ko pikirkan tuuu weii..
    haihhh penat laaaaaaaa gelakkkkkkkkkkk..wakakakakaa...

    hmm..ko sabar je la ngn peminat ko yg separa obses ngn crita siri2 ko neh..

    ok..
    dah..

    ReplyDelete
  2. thanks..tp crite ni mood serius la mudd,
    aku pun x faham knape ko gelak2..hehe:p

    tggu next episode.
    ho yeay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnyeeeeeeeee.....tang mane seriusnye weiii... takpe..pemahaman aku dari aspek lain... hah!

      Delete

Post a Comment

Popular Posts