drama bersiri-siri - maimunah mencari cinta part 1.



pada zaman dahulu,sebelum zaman kesultanan parameswara lagi,
di sebuah kampung yang ceruk, terpencil dan asing,
kisah maimunah mencari cinta ni memang legend.

diberi nama kampung Nangka Nan Kuning,
penduduk-penduduk nya hidup dalam harmoni walaupun sebenarnya serba miskin.
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
kadang-kadang tu langsung tak makan.

nak dijadikan cerita,
ketua kampung Nangka Nan Kuning yang dikenali sebagai Pak Astora tiba-tiba diserang penyakit misteri.
nak kata demam bukan, denggi bukan, meroyan pun bukan.
walaupun banyak cakap-cakap mengatakan pak astora sebenarnya meroyan nak kahwin lagi,
tapi dengan pantas Pak Maun mencantas gosip-gosip liar tersebut.
Pak Maun selaku timbalan presiden ketua kampung memang cukup pantang kalau ada orang mengumpat Pak Astora,
apetah lagi membahan-bahan tok penghulu.
silap-silap, dijerat mamat tu hidup-hidup lantas dihantar ke hutan sebagai santapan sang gajah hitam.
ketika itu, gajah belum berevolusi makan daun-daun lagi,
tetapi gajah merupakan seekor karnivor ganas, ala-ala singa simba gitu.
maka lumat berderailah tulang-temulang dimamah sang gajah andai sesiapa berani carik pasal dengan Pak Astora dan konco kuatnya, Pak Maun.

berbalik kepada kisah penyakit Pak Astora,
disebabkan kemiskinan tegar, gering Pak Astora makin teruk dan menjadi-jadi setiap hari,
kadang-kadang pak astora gelak terkekek-kekek, tapi selang 5 minit kemudian sendawa pulak berketul-ketul,
dan cycle tu berterusan untuk berminggu-minggu lamanya,
kadang-kadang pak astora berjoget sakan, tapi selang 5 minit kemudian pak astora tertidur berdengkur-dengkur,
dan cycle tu berterusan untuk berminggu-minggu lamanya jugak.

gelagat pak astora yg dramatik tersebut membuatkan rumahnya tak pernah lengang dek orang.

semuanya seronok malah jakun melihat aksi-aksi pak astora yang sungguh luar biasa lagaknya.
macam persembahan sarkis yang penuh sensasi.
tertunggang-tunggit tanpa henti.

tetapi kerana rasa respek yang tinggi terhadap ketua kampung,
tiada sesiapa pun tercelupar menggelakkan Pak Astora.
dan setiap kali datang melawat, rakyat-rakyat jelata dan rakan-rakan sekampung tanpa putus memberi kata-kata semangat kepada Maimunah untuk sentiasa tabah menghadapi dugaan melayan sarkis Pak Astora.
Maimunah tu siapa lagi kalau bukan watak utama cerita ini.


kisah hidup maimunah ni memang legend.
........
........
........


(bersambung mcm biase, hehe)

Comments

Popular Posts