60 tahun Merdeka, 60 persoalan aku sebagai rakyat Malaysia
Sempena Hari Malaysia/bulan keMERDEKAan ni, dan juga sempena ulang tahun keMERDEKAan yang ke-60, aku nak list out 60 persoalan-persoalan aku sebagai rakyat marhaen Malaysia.
Jujurnya sampai ke harini aku tak jumpa lagi jawapannya. so kalau korang dapat selesaikan persoalan ni pun bagus jugak, bole la lena sikit aku tidur pasni, hehe.
without further ado..
1. kenapa mamat motor suka pakai jaket terbalik? tak cukup masa nak zip betul-betul ke atau semata-mata sebab trendy?
2. kenapa Milo lori lagi sedap daripada segala Milo yang ada kat dunia ni?
3. kenapa teh tarik mamak jugak yang paling sedap compare dengan teh tarik kedai lain?
4. kenapa Roti John laku masa bulan puasa je? bulan lain nak jumpa orang jual roti john pun susah.
5. kenapa sampai sekarang takde siapa boleh lawan filem-filem P.Ramlee?
6. kenapa kita lagi takut lambat punch card daripada takut lambat solat?
7. kenapa orang kita suka berjoget? kejap aerobik, kejap poco poco, kejap inul daratista, kejap sakitnya tu di sini, sekarang hangat ber-zumba plak.
8. kenapa pagi-pagi je semua orang nak bawak kereta laju-laju pergi kerja?
9. kenapa kalau pergi klinik, doktor mesti bagi ubat paracetamol? sakit lah ape pun. ajaib sangat ke paracetamol/panadol tu?
9.5. 'Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?'
10. betul ke kereta Myvi ada sayap? ye la, asal Myvi je bawak macam nak terbang. berdesap desup lajunya.
11. kenapa istilah 'mengular' digunakan untuk orang pemalas kat tempat kerja? rasanya macam kurang tepat penggunaanya. sebab ular malas-malas dia pun, dia buat kerja dulu baru mengular (contoh: ular akan berusaha makan rusa seekor dulu, lepas tu baru die melepak). kira produktif la jugak compare dengan orang 'mengular'.
12. kenapa lorong top-up kat tol sikit je disediakan. sampai semua orang kena beratur panjang semata-mata nak top-up touch and go?
13. kenapa ramai orang nak proud pakai baju atau beg yang ade bendera Union Jack? Sampai kat kereta pun kadang-kadang nak cat bumbung bendera Union Jack. Bro, itu bendera penjajah lah. Tak merdeka la macam tu.
14. kenapa makcik-makcik suka nak compare-compare anak siapa lagi power?
15. kenapa asal jadi artis je perangai mesti macam retis?
16. kenapa orang Malaysia suka baca novel dan tengok drama picisan? Suamiku kacak gagah perkasa tapi perangai macam mala'un contohnya.
17. kenapa susah betul nak jumpa tandas awam yang bersih dan berbau wangi?
18. bayangkan kau berada kat simpang tiga dan kau sedang nak keluar simpang tu. then kau nampak ada sebuah kereta lalu, kau pun bagi lah kereta tu laluan. sekali dengan penuh steady, kereta tu bole masuk simpang kau. eh, macam diperbodohkan je kau rasa kan?
persoalannya adalah, kenapa kebanyakan driver tak suka bagi signal nak masuk simpang?
19. kenapa RTM punya rancangan kebanyakannya hambar? jauh beza dengan kualiti Astro atau TV3.
20. kenapa mamat sado/mamat badan sedap suka pakai singlet? asal badan sedap je nak pakai singlet atau sleeveless.
21. kenapa bila hari raya semua orang berusaha gigih untuk beli baju/seluar/kasut baru? paling power, kereta pun nak beli baru.
22. kenapa kebanyakan kita berani merungut kat sosial media je? tapi bila depan-depan, hehhh. kecut.
23. kenapa rakyat Malaysia selalunya nampak macam kurang konsisten atau pepatahnya hangat-hangat taik ayam? Boikot McDonald misalnya. Mula-mula je boikot, cukup sebulan kemain panjang queue drive thru McD.
24. kenapa selalunya bila nak tegur orang/kenalan/colleague/akak cleaner, kita akan tanya; 'dah makan?'
25. siapa pencipta,'the power of hand'? gunakan tangan je boleh berhentikan kereta, memang power!
26. kenapa lagi kotor dan bersepah tempat makan tu, lagi ramai orang nak pergi?
27. kenapa nasi lemak bungkus lagi sedap daripada nasi lemak biasa dalam pinggan?
28. kenapa tak pernah bosan makan keropok lekor terengganu? makan hari-hari pun boleh.
29. kenapa team bola Malaysia susah betul nak jadi power? Jangankan World Cup, nak ke final AFF Suzuki Cup pun susah.
30. kenapa Malaysia ni bermusim? bila kes accident bas contohnya, banyak je lepas tu kes yang sama kedengaran. Ajaib betul.
31. kenapa akak jaga kaunter selalunya bermuka ketat? kedekut senyuman atau memang lahir-lahir takde reseptor senyum pada bibir?
32. kenapa bila nampak roadblock baru tergesa-gesa nak pakai seatbelt? safety first ke takut polis first?
33. siapa pencipta perkataan - syiall la, puii, nokharom, budak baru nak up (BBNU) dan abang sado?
34. kenapa lelaki suka masuk tangan dalam poket sambil pretend cool?
35. dalam banyak-banyak tren, kenapa tren komuter KTM yang paling lembab? kenapa KTM tak boleh nak menyaingi kecekapan tren yg lain? (MRT/LRT/STAR)
36. kenapa student suka ber-couple? pastu cukup je duit nak g tengok wayang. tapi bila nak makan takde duit, sanggup plak makan maggi hari-hari.
37. kenapa kebanyakan teksi kat Malaysia meternya 'rosak'? (baca: menipu harga)
38. kenapa suka sangat kita ni dengan Korea? tak habis-habis dengan k-pop, mi pedas sam yang, coway, gong yoo dan spek bingkai bulat.
39. kenapa ramai gadis-gadis sekarang suka pakai jubah labuh tapi punya la labuh sampai boleh menyapu lantai? sah ke solat kalau jubah kotor? agama atau mangsa fesyen? tu belum cerita pakai jubah ketat dan berkain satin licin tu, fuhhh.
40. kenapa kita terlalu respect orang putih yang datang Malaysia? gaji dieorang pun kemain besar. Padahal kalau kita pergi negara dieorang, dieorang pandang kita kecik je.
41. kenapa dekat belakang bas atau lori tertampal sticker bertulis hadlaju maksimum 80/90km. Tapi bawak laju gak, lagi-lagi kat lebuhraya. Penguatkuasa buat undang-undang lepas tu tangan ke camne?
42. kenapa kita mampu beli stroller yang mahal untuk anak kita tapi kita tak mampu beli car seat untuk dieorang? atau erti kata lain, kenapa orang kita tak rasa car seat tu penting?
43. kenapa budak-budak suka beli air sirap kat kantin sekolah? Kesian air anggur dan air color hijau tak laku.
44. Segala mi segera dipanggil Maggi, dan segala minuman coklat dipanggil Milo. Salah siapa ni?
45. kenapa semua radio kalau pagi-pagi je, semua DJ nya suka nak gelak kuat-kuat? apa yang lawaknya, tak siapa pun tak tahu.
46. kenapa asal sebut nama Jaafar Onn je, semua orang mesti nak gelak dan rasa kelakar?
47. kenapa orang kita terlalu prihatin/sangat pakar dalam menjaga tepi kain orang? 'kereta accident kat highway? slow down sket lah, boleh ambik gambar'.
48. kenapa kita sanggup bersesak beli barang kat Ikea? kenapa bukan kedai perabot lain?
49. kenapa kita lagi risau pasal insurans/roadtax kereta daripada insurans diri atau insurans nyawa?
50. apa yang sedapnya bebola daging ikea? mashed potato pn keras. bebola bakso lagi sedap.
51. dari mana asal-usul loghat bahasa? padahal setiap negeri sebelah-sebelah je pun.
52. kenapa asal tengah bulan je kebanyakan orang dah sengkek? salah perancangan atau camne tu?
53. kenapa boleh wujud orang macam nursajat dan king coco? ramai fan plak tu. so, ada dua persoalan kat sini. kenapa boleh wujud orang macam nursajat dan king coco? dan kenapa nursajat dan king coco boleh ada peminat?
54. macam mana dato seri vida boleh pandai menyanyi? memang bakat atau sebab selalu praktis?
55. kenapa ada ibubapa akan 'speaking english' dengan anak bila kat luar/tempat awam? sampai anak pun terkebil bila mak dia tiba-tiba speaking.
56. kenapa bila lalu sebelah cermin je, tak kisah la kat mall atau kat lif kita mesti tertoleh-toleh sambil tengok diri sendiri? (sambil berkata dalam hati, cun/hensem gak aku arini)
57. bahasa jiwa bangsa, bahasa melayu bahasa kebangsaan. tapi kenapa kita tak namakan Lembah Tengah (tapi MidValley), Piramid Jalan Matahari (tapi Sunway Pyramid), Pintu Laluan Penghubung KL (tapi KL Gateway), Pasaraya Bandar Setia (tapi Setia City Mall)?
58. kau perasan tak? kalau kat traffic jam, ramai betul orang suka korek hidung. pelik betul trend korek hidung sambil drive ni, haha! tak caya, time jam nanti, kau usha sekeliling.
59. asal menteri cakap je salah, asal menteri cakap je salah. persoalannya, kenapa dieorang selalu cakap salah? menteri kot tu, golongan bijak pandai belajar oversea, duit banyak, bini pun cantik.
60. kenapa JDT power sangat? sampai 4 tahun berturut-turut juara liga super. Ya Allah, power betul!

Comments
Post a Comment