Ruang Hibernasi

Dunia kini adalah tempat yang bising.

Deringan notifikasi, rintihan, kritikan, lantunan muzik, caci memaki, politik, dan ketaksefahaman. 

Pergi lah berhibernasi - sunyikan diri.

Ambillah masa berhenti untuk mengumpulkan lagi semangat, mengambil hikmah, dan menguatkan langkah.

.

.

.

Hidup kadang-kadang mahu sepi agar kita mampu mendengar lebih jelas apa kata hati.

Hidup perlukan sepi untuk tahu siapa yang sebenarnya selalu hadir dan menemani.

Hidup perlu sepi untuk mengerti jika DIA selalu ada di sisi.


Semoga tabah hadapi ujian!

Comments

Popular Posts