hehh.

arini aku nak cite pasal satu perkara misteri lagi magikal.
akhir entri nanti kau tahu laa.

cite die start camni. dulu masa zaman sekolah,  aku selalu rs curiga.
cikgu darjah satu aku, miss chong namenye. tinggi 5 kaki pastu gemuk.
die suro budak lelaki duduk dengan budak perempuan.. sebelah sebelah.
alasan die budak lelaki x boleh duduk dengan budak lelaki, nanti x abes2 main.
main pemadam la, jentik2 tangan la, dan macam2 lagi aktiviti luar kawal sampai cikgu aku
xde suare nak marah lagi dah.

tapi sumpah aku rasa tu benda paling genius cikgu aku penah buat sebab sejak tu aku bole kwn baek dengan sorang gadis comel ni. terima kasih cikgu pilihkan aku duduk dengan budak tu, hehe.

oh ye, tapi ms tu aku sekolah kat sabah. maka ofkos la kami brbeza kenegerian dan tutur bahasa.
ejas punya ejas. cun, aku boleh nampak tanda2 sukses.
aku duduk sebelah dia sampai darjah 5..bayangkan 5 tahun kot.
org couple pun standard 3 tahun dah break-up. haha.
hebat kan aku, aku ingat lagi die selalu cubit lengan aku kalau aku sakat die.
pehh, sweet shiall kiteorang, sikit2 macam lisa surihani dgn yusri dah aku rase.

tapi tu la, jodoh x panjang.. masa darjah 6 aku bangang sket, bole pulak turun kelas..
bayangkan betapa berdukacitanya aku dengan prestasi aku.
mana nak sorok muka dan reputasi weyh. dah la aku mmg pesen kontrol macho depan awek.
walaupun darjah 6.haha.
demi maruah, aku sanggup jauhkan diri.
pastu kiteorg pun slow2 x kamceng. putus hubungan.
sampai la arini.


tapi,



tadi aku jumpa facebook dia.
glluppp..

Comments

Post a Comment

Popular Posts