ko nak belajar ke nak ape?



dengar muzik the libertines kadang2 boleh rilis tensyen yang mencanak2 lepas kerja.
lagi2 kalau kerja hari tu dapat bertepuk tampar dengan bos.
betul la orang cakap lagi baik buat bisnes daripada kerja makan hati dan makan gaji.
tapi nak berniaga bukan senang macam makan nasik.
nak berniaga kena ada bakat dan jujur kelas tinggi macam mahatma gandhi. 

aku ada kenal sorang mamat ni, aku kenal masa hari ketujuh masuk UM dulu.
baru 2 3 hari kenal dia dah kenalkan aku dengan satu bisnes.
masyuk katanya, dalam sebulan boleh dapat ribu2 kalau wat lek lek.
dengan minda seorang budak lepasan spm, aku xde cakap banyak terus setuju nak join.
duit ptptn aku korban wat modal..steadyy.
tiap2 malam rajin pergi kelas bisnes,
buat tambah ilmu berniaga kata kawan aku tu.

tapi yang aku musykil tu apesal berniaga sendiri tapi kena carik orang lain untuk campak modal.
x dapat carik modal, dapat carik orang dulu pun xpe.
aku dah rasa lain macam. aku syak ni mungkin bisnes jual orang, mampus.
aku dah terjebak dalam sindiket pemerdagangan manusia agaknye, gila. 

lepas tu baru aku sedar aku dah terjebak dengan benda yang rupanya lagi hebat daripada jual orang.
benda tu bisnes juta2 bernama multi level marketing (baca: em-el-em)
tips harini: kalau korg2 nak belajar menipu cuba la buat benda alah ni, 
asalkan pandai geybang dan memang semulajadik lahir riak pastu suka menunjuk, 
bisnes em-el-em la sepatutnya jalan hidup korg.

aku last2 blaa dari bisnes tu.
tipu orang abah aku xpenah ajar.

celaka, abis duit ptptn aku. 
masak.

aku kat u dulu macam rajin dengan bisnes2 ni, suka tengok peluang2 baru kononnye.
tapi lame2 aku sedar semua tu xde faedah pun, lagi orang x suka ade la.
yela, belajar pun x kemana nak geybang lebih pasal buat duit ape hal.

dan akhirnya, macam yang korang sume dah tau - tercampak la aku kat tengah laut ni.
makan hati dan makan gaji hari2 tapi aku xde hal, sebab hati aku puas.
sekurang-kurangnya aku x menghidap penyakit biru setiap hari isnin macam orang yg kerja ofis. 
hehe.

kawan aku tu pun dah jadik polis cawangan bukit aman sekarang.
bisnes hilang, pistol yang datang. 
beng! beng!



tapi kan, errr…
kalau korang ade kerja kosong yang lagi baek, sudi2 la jadik kabel aku.
teringin gak nak pakai semat2 pegi ofis sebenarnya. hehe.
nanti gaji first kite pareng. amacam?

Comments

  1. see you in 'court'!! err..i mean....interview room....hahahahaahahahah *evil laugh*

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. wakakakaka...jgn takut..saya mkan nasi....tak makan budak.. gagaga...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts