masalah.

pagi ni aku bangun pukul 5 pagi.
ter-sedo sebenarnya pukul 5 pagi, tapi bukak mata, depangkan lengan,
bangun dan menggeliat pukul 6 setengah.

hari baru, rutin sama.

hidup adelah rutin. bangun tido dan mandi adelah rutin. pergi kerja adelah rutin.
te-tapi beribadat pulak lebih dari sekadar rutin.
ibadat bukan sekadar ritual, tetapi penenang jiwa. penyejuk naluri.

nota ni adelah kate2 ikhlas dari aku untuk aku dan untuk korang.
bukan ape, kesian tengok kawan2 yang senang terlibat dgn aktiviti tambah dosa tanpa disedari.

pagi2 gosip. boleh jadik secara maya di fb atau secara langsung depan muka.
lepas tu bermalas2 kat ofis. gaji buta.
bukan ke tu di-kire kurang berkat.

em jap, kite backward sebelum sampai ofis - actually ni la main story aku pun.

asal pagi2 je ter-tengok betis2/paha putih dalam tren yg sesak.
diulangi, ter-tengok, bukan sengaje.

ni antara masalah yg paling aku susah nak hadapi.
come on gadis, be sensitive. ni negara muslim kot, kesian r kat kteorang ni.
you may feel nothing, but for us, we are struggling hati dan jiwa.
teringat member aku cite yg keje kat klcc, siap kluar notis bagai kat sana 'jangan pakai skirt terlalu pendek'.
respek r dgn management klcc. good try, tapi it never success i think.

maka, sejak itu aku tidak memakai spek dalam tren. biarlah rabun berpinar2 sekejap,
asalkan gelora jiwa kekal chill.
novel plak sentiase di tangan. at least, aku bole aleh pandangan drp dosa tak dipinta tu.
xkan aku nak bagi nasihat plak kan. x sanggup aku dapat lempang free akibat dituduh pervert.
ye mmg betul, niat suci perlukan pengorbanan..tapi wajah yang elok perlu dikekalkan elok stiap mase. hehe.


esok,
hari baru.
rutin same.
masalah same.


huu..~



Comments

Popular Posts