drama bersiri-siri - Azim Merentas Masa (bahagian 3)

Catatan: hey dude, drama bersiri azim kini kembali. enjoy.

Bahagian 1: thematchek.blogspot.com/2012/05/drama-bersiri-siri-azim-merentas-masa.html
Bahagian 2: thematchek.blogspot.com/2012/05/drama-bersiri-siri-azim-merentas-masa_29.html


Seperti kebiasaan, azim bangun jam 5 pagi untuk solat subuh dan extra ibadat. Kebiasaan yang sebenarnya baru dimulakan selepas bercinta dengan arfah 4 tahun lepas.
Niat azim sememangnya suci murni - ingin menjadi suami mithali ala-ala Ustaz Don, atau paling koman seperti Ashraf Muslim apabila berkahwin kelak. Walaubagaimanpun, Azim takde pulak berniat pasang impian berkahwin dua seperti Ashraf Muslim.
"tak ikhlas langsung dalam mencintai wanita", getus hati azim tatkala terbaca gosip kahwin dua Ashraf Muslim.  Agak beremosi Azim ketika itu.
"cuba lah jadi macam aku; walaupun tak kacak, tak kaya tapi aku setia", sambil tersengih-sengih keseorangan.

Selepas solat subuh dan extra ibadat, azim akan memulakan hari dengan menyiapkan breakfast.

Buat breakfast ni tak lain tak bukan hanyalah salah satu ciri suami mithali yang cuba azim praktikkan. Perasaan tanggungjawab terhadap masa hadapannya begitu tebal dalam diri azim.
Sosej sejukbeku dan sayur-sayuran seperti capsicum, cendawan shiitake dan lada merah dikeluarkan dari peti sejuk. Dibasuh bersih-bersih, kemudian dicincang halus untuk dijadikan omelette. Beberapa biji telur Omega hasil keluaran Tesco dibasuh dan dipecahkan ke dalam mangkuk kaca . Dikacau sebati bersama hirisan bawang, dan sayur-sayuran tadi. Seterusnya, ditambahkan mayonis dan dikacau sehingga berkocak-kocak bunyinya.

Pada waktu yang sama, beberapa keping roti akan dibakar sehingga menjelmakan aroma yang segar.

Setiap pagi, dapur bujang sebuah rumah flat di Pantai Dalam menjadi komplot utama dalam sebuah episod masak-memasak Azim.  

Tetapi disebabkan masih mentah dalam arena masak memasak, persiapan breakfast selalunya akan berakhir dengan brunch. Tempoh menyiapkan masakan ringkas untuk sarapan selalunya menjangkau berjam-jam dibawah kendalian Azim. Serajin-rajin Azim kawan-kawan, beliau tetap lelaki tulen, memasak tetap melecehkan bagi lelaki.

"tangan aku macam kayu seyhh, no wonder la mamat-mamat yang pandai memasak tu selalunya tak jantan sangat"

"kalau macam ni la gayanya, baik aku beli je sarapan, roti canai mamak sudah..", rintih Azim.

Bagaimanapun, ketika bersantai akibat kepenatan memasak dan kekenyangan omellete emosi Azim akan kembali normal. Niat asal untuk menjadi suami mithali akan terus muncul dalam kotak fikiran Azim, bersama-sama dengan semangat baru.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tetapi seperti yang kita sedia maklum, mimpi indah berumah tangga kini telah punah sejak arfah berubah menjadi wanita berhati durjana (pada pandangan azim). Kesahihan kedurjanaan tu sesungguhnya hanya gadis tersebut yang tahu. Perempuan sesungguhnya adalah objek ajaib yang penuh misteri.

Mungkinkah ada sesuatu yang dirahsiakan oleh arfah?

Bagi lelaki yang belum matang seperti azim pula, putus cinta adalah ibarat kiamat kecil. Segala-galanya telah hancur luluh. Sudah hampir 3 minggu azim tidak tidur lena, selari dengan penyusutan 3kg berat badan. Azim mula cengkung dan hilang arah.


Azim perlukan sesi kaunseling. Jika tidak, dunia akan menyaksikan kehilangan seorang lagi prospek lelaki berjaya.   

Tapi bagaimana mahu menyelamatkan bongkah batu gunung yang telah menjadi serbuk pasir?
Undurkan waktu?

(bersambung..)


Comments

Popular Posts