Oil and Gas for Noob - Part 1

Soalan typical kalau setiap kali jumpa member, kawan lama atau mungkin pakcik belah mertua yang dah lama tak jumpa, atau first time jumpa adelah 'kau kerja ape? kerja kat mana?'

Dan statement paling typical kalau aku cakap aku kerja bidang oil & gas atau acah-acah cakap aku kerja Petronas adelah:

'Pehh, masyuk la orang minyak. Gaji besar'

Kadang-kadang tak tahu nak setuju ke tak dengan dieorang ni. Entah dari mana teori 'orang minyak duit banyak' ni muncul aku pun tak tahu. Pelik betul.

Kau agak-agak la betul ke tak statement tu? Haa, rajin-rajinlah baca post kali ni sampai habis, nanti aku explain, insha Allah.

Niat aku adelah nak cuba huraikan secara ringkas ape benda alah oil & gas dan orang minyak ni. Kira ni macam 'noob guide' atau 'rujukan budak2 baru nak up' la pasal industri oil & gas. Nak kata aku pakar tu mungkin tak, tapi boleh la aku cerita sket-sket based on pengalaman aku yang nak masuk 8 tahun dah ni.

Ok, apa tu minyak?

Minyak ni ade banyak jenis. dan sudah semestinya minyak paling bernilai untuk orang biasa-biasa macam kita adelah minyak untuk isi tangki motor atau tangki kereta. So part pasal jenis-jenis minyak ni aku malas nak explain lebih2, cukup kau tahu sebenarnya minyak ni datang daripada satu sumber dipanggil reservoir dan once kau kena cari sampai jumpa lokasi minyak/gas tu. Lepas tu kau kena gali, sedut dan proses minyak mentah atau name inggerisnya crude oil tu untuk dijadikan pelbagai jenis minyak. Tu yang end resultnya jadi minyak tanah, minyak hitam, minyak diesel, RON95, RON97 dan lain-lain.

Proses ni dinamakan penapisan (english: refinery)

Asal-usul Minyak dan Gas
Minyak dan gas adelah bahan api fosil. Manakala elemen utama bagi bahan api fosil adelah Karbon.

Satu yang pasti adelah sumber minyak tu satu hari nanti akan habis dan kekeringan. Sebab tu minyak/gas ni digelar non renewable energy. Once kau pakai, kau bakar, dia akan habis dan takkan dilahirkan semula dah. Ibaratnya macam hati manusia yang terluka lah. Kecik hati; jangan harap leh tampal balik kelukaan hati tu. Damage control won't work anymore.

Adelah menjadi ketakutan bagi setiap umat manusia andai minyak ni habis dan 'pupus' satu hari nanti macam nasib burung dodo. Hakikatnya benda ni tak mustahil pun. Satu hari nanti, umat manusia akan hidup tanpa bahan api bernama minyak dan gas. Itu adalah pasti bro. Betul tak tipu.



rajah 1: bagaimana minyak dan gas tersorok dalam dasar bumi

Glosari:
Minyak = Petroleum
Gas = Gas Bahan Api
non renewable energy = sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui





..Part 2 menyusul nanti.




Comments

Popular Posts